villa anggerik impian

Sunday, 2 June 2013

visitors from STAR CRUISE :)


 
 merakan keindahan orchid yang sukar didapati di tempat kediamannya :)

saya bangga menjadi anak Malaysia..

saya bertuah kerana dapat merasai keindahan bumi hijau..




nenek ( owner ) bersama pelancong yang berkunjung ke rumah 


 setiap senyuman terukir membawa seribu satu cerita dan kepuasan :D




 morning tea



together with lovely couple atok n nenek :)
Setelah bosan menghidu asap kenderaan di bandar-bandar besar, dan kawasan sekitar yang kurang menyenagkan, anda masih lagi berpeluang untuk menghirup udara segar dari rimbunan orkid dan daun yang menghijau di sekitar Villa Anggerik Impian. Berkonsepkan homestay ( anak angkat ) sebagai medium untuk berkongsi ketenangan bagi sesiapa yang ingin merasai sendiri suasana kampung yang sebenar. Hanya beberapa minit dengan menaiki kereta dari Pekan Banting pasti tidak sukar untuk mendapatkan sebarang bentuk kemudahan. Bagi yang ingin turut merasai bayu pantai pada waktu petang pula, perjalanan hanya memakan masa kurang dari setengah jam untuk sampai ke Pantai Morib.


Berikut merupakan jarak dari tempat-tempat utama ke Banting :
  • Kuala Lumpur =   < 100 km
  • Klang              =  35 km
  • Putrajaya         =  25 km
  • Sepang            = 25 km
  • Pantai Morib   = 10 km
  • Paya Indah      = 15 km